................

9 December 2012

Koleksi Hasil Tangkapan di Limbongan Melaka.



Inilah siakap liar yang berjaya dinaikan di kawasan pantai berbatu Limbongan Melaka menggunakan umpan udang hidup. Di kawasan berbatu ini juga terdapat ikan kerapu.


®ø©kŠelalu™

Leader ( Perambut) Umpan Hidup

 Umpan hidup yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan diet ikan yang akan dipancing. Diet ikan pemangsa berbeza mengikut kawasan. Umpan yang sesuai adalah kembong, belanak, tamban dan lain-lain ikan kecil.

Jumlah mata kail, kebiasaan yang di gunakan adalah 2 ataupun 3 bentuk. Saiz mata kail mengikut kesesuaian. Pemberat, beads dan spinner boleh ditambah mengikut kesesuaian.

Sekiranya menggunakan umpan hidup, muka ikan adalah seharusnya menghadap arus air agar ikan lambat mati. Lagi satu kaedah adalah dengan menggunakan pelampung.



Misc Knots



Ikatan ni sesua untuk ikan-ikan yang berat kurang daripada 5kg. Ikatan yang senang dan kedudukan mata kail adalah selari dengan leader@perambut



Ikatan yang pupular dan mudah untuk menduga ikan-ikan laut dalam. Ikatan ini cukup kuat tetapi memerlukan sedikit penelitian. Sebaiknya basahkan sedikit kawasan ikatan dengan air sebelum menarik kedua-dua hujung tali semasa kemasan dibuat.


Untuk yang teringin nak pakai steel-wire masa memancing nanti, boleh menggunakan contoh ikatan ini. Ikatan ni tak la secanggih mana, tetapi agak senang dibuat.




®ø©kŠelalu™